Rindu ialah satu perasaan suci yang lahir dari hati untuk meluahkan perasaan kehilangan pada seseorang yang kita sayangi. Dalam erti kata yang lain, rindu hadir apabila kita ada meninggalkan satu kenangan yang indah pada orang yang kita sayang dan dikenali. Rindu juga satu sifat yang kita tidak boleh sangka. sebagai contoh, rindu boleh membuat kita rasa begitu bahagia, rindu juga boleh membuat kita menangis.
Menangis ? Apa guna menangis kalau orang tak pernah nak hargai kita ? tetapi itu la yang menjadi tabiat wanita-wanita diluar sana. hati mereka sangat lembut, sehinggakan perasaan itu meyelebungi hidup mereka. mereka tak dapat nak mengelak dari terjebak dari perasaan yang tak penting itu. termasuk la saya sendiri. badan kita akan rasa begitu lemah apabila kita menangis, so ! elakan dari terus-terusan menangis. fikirkan cara lain untuk menyelesaikan masalah anda sekalian.
Bermula ceritera yang sebenar, panjang lebar pendahuluan nye. :)
Saya rindu mereka sangat sangat. Pernahkah mereka ketahui betapa rindu nye saya kepada mereka. mungkin tahu, mungkin juga tidak. Apa boleh buat, pendam je la dalam hati. biar ia terkubur.
-> DIBA ABDULLAH
-> AMIRA NASUHA JASMI
-> AZIDA SHAHARUDDIN
-> SITI HAJAR
-> NURUL AZHANI
-> NURUL HIDAYAH
-> ZULAIKHA
-> NURUL FATIN
-> ******
-> BUDAK-BUDAK BMD2Dc
Perkataan benci memang mudah terkeluar dari mulut saya ini. tapi hanya hati sahaja yang tahu perasaan sebenar. Di luar kita boleh menipu, tapi dalam hati hanya Tuhan sahaja yang tahu. Apa pun yang terjadi, saya tidak akan pernah melupakan kamu semua. INSYALLAH. Saya sayang kamu semua. Masih berharap kamu semua masih mahu menjadi kawan saya. Walaupun saya dah banyak buat salah dengan kamu semua, harap2 kamu semua tak pernah jemu untuk terus-menerus menasihati saya, tegur kesalahan yang telah saya lakukan.

